Jom share....

Ahad, 7 Ogos 2011

Adakah Jodoh kita tepat?

Apakah petua utk cepat jodoh?Pada saya cepat jodoh bukanlah isunya berbanding apakah jodoh kita tepat.Berapa ramai orang mengalami petaka dalam idup oleh jodoh yang tidak serasi.Berkahwin itu senang tapi membina kebahagiaan hasil daripada perkahwinan itu bukanlah begitu senang.

Andainya jodoh itu datang dengan mudah,sambutlah ia dengan mudah.andainya ia sukar lagi payah, anggap sahaja kecepatan bukanlah terbaik buat anda..Andainya ia tidak datang2 juaga dan andainya hingga ke sudah,itulah rahmat Allah utk memudahkan laluan anda ke syurga.Mereka yang tiada tanggungan bakal lebih mudah kira2nya utk menikmati ganjaran terbaik di akhirat.Dan di syurga sudah sedia menanti segalanya termasuk soal pasangan idup..

Tanggungjawab dan kewajipan perkahwinan bukanlah mudah,andainya gagal dipenuhi ia mendatangkan dosa..Pada yang tidak berkahwin hingga ke sudah,mereka bebas dari sebarang persoalan berkaitan hak2 pasangan di akhirat kelak.Memang betul perkahwinan adalah laluan mudah utk ke syurga, tetapi andainya gagal menjalankan tanggungjawab yang mebawa dosa adalah lebih baik hidup tanpa perkahwinan pun..

Oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
(Dipetik dari Ogos 2011 mingguan wanita)

Selama kita sibuk mengamalkan petua2 utk hangatkan cinta pada pasangan, namun pernahkah kite bertafakur bagaimana mencintai Allah?Tidakkah Yang Maha Mencinta itu lebih utama utk didekati?Malangnya kita hanya berfokus mendekati pasangan saja.Tidakkah Yang Maha Lembut lagi Pemurah itu lebih layak utk dipersembahkan kesetiaan?Tetapi kite lebih berghairah utk membuktikan setia kepada si dia.Padahal tanda orang beriman adalah mereka yang sangat dalam cintanya kepada Allah SWT....

Sekian lama kite menjejaki belantara dunia ini, kita akan keletihan dan tertekan tanpa kekuatan dari Allah SWT. Oleh itu, Allah SWT menyediakan Ramadhan ini khas bagi mereka yangmahu jatuh cinta lagi. Ramadhan menyediakan pakej istimewa bagi orang mukmin yang mahu mendalami makna cintanya kepada Allah SWT.

Kita tidak akan pernah rasa bahagia dengan harta, pangkat,kecantikan,kedudukan,ilmu dan kemasyhuran tetapi yang membuat kite bahagia hanya satu, iaitu rase syukur dalam setiap keadaan..Syukur ketika berpuasa digambarkan dengan rasa seronok melebihkan ibadah dari bulan lainnya, hati lebih syahdu dan cepat menangis bila kenangkan kebaikan2 Allah SWT.Badan lebih cergas melawan rayuan syaitan dan nafsu jahat yang menghalang-halangi ke jalan Allah.Sikap kite lebih terkawal,bertenang saat diuji, mengalah ketika di provokasi dan akal lebih cemerlang daripada emosi..

Hanya pada Allah kite meminta pertolongan dan kepadaNya  kita takut dan berharap. Rasulullah SAW mengingatkan kite dengan sabdanya:
“Jagalah Allah nescaya Dia menjagamu.Peliharalah Allah (dengan melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya)nescaya kamu akan mendapatkanNya di hadapanmu..ketahuilah sekiranya umat ini berhimpun utk berikan kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak boleh memberinya kecuali apa yang telah ditetapkan kepadamu dan apabila mereka berhimpun hendak member kemudharatan kepadamu nescaya tidak boleh mereka lakukan melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepadamu...”(Hadis riwayat Al-Tarmizi dan Ahmat)

Cukuplah rasa syukur dipadukan dengan takut dan harap kepada Allah membentuk jiwa hamba yang layak menerima cinta Allah dan dicintai manusia lainnya..Mari bersyukur sahabat2 ain sume, rasa takut dan harap kepadaNya setiap hari di bulan suci ini...


Oleh DR Haji Juanda Bin Haji Jaya
Perunding Undang2 Keluarga Islam
(Dipetik dari Ogos 2011 mingguan wanita)